Saturday, June 5, 2010

BREAST CANCER

Petang tadi, sempat ke rumah nenek. Sampai sana, dapat tahu sepupu abah yg rumah familynye depan rumah nenek je ada balik. Terus ajak emak pergi lawat.

Sepupu abah ni adalah seorang cikgu kat KL, suaminya pula kerja Telekom. Kiranya kehidupan keluarganya di KL adalah stabil sebab boleh beli rumah dan tanah kat kampung. Actually dah seminggu nenek duduk cerita pasal dia. Nenek cakap dia sakit. Daripada cerita nenek, boleh disimpulkan, sepupu ni sakit fabroid dan breast cancer. Ok... that's quite serious...

Back to my visit, Ya Allah kesian nye tengok dia... terlantar je, sakit... Daripada pandangan luaran, sebelah breast dia dah teruk sgt. Dan ternampak juga mcm cecair keluar dan melekat kat baju dari breast dia yg satu lagi. Rasa-rasanya 2-2 dah kena dah... Nak bangun pun x larat, nak ke bilik air terpaksa berpapah.. Berat badan dia turun dgn byk, muka pun cengkung je.. hilang seri wajah... kesiannya.. Keluargapun mcm tak tahu nak buat ape, sedangkan dlm keadaan demikian, semangat adalah amat penting. Sampai sekarang saya masih percaya, ubat no 1 utk kanser adalah semangat utk terus hidup...

Since pengalaman menjaga arwah suami yg mengidap brain cancer selama 2 thn memberi byk peluang utk belajar mengenai kanser dan rawatannya, terus saya tanya pasal rawatan. Dia cakap, tunggu temujanji dgn pakar kat HKL dalam 2 minggu lagi. Maybe kena menjalani kimotherapy dan radiotherapy... Ok, 2 minggu lagi utk temujanji, rawatan bila nak start ye?

Tgk pada patient, kesiannye... x dpt nak bayangkan betapa sengsaranya pada saat ini, nak tunggu 2 minggu lagi?

Saya tanya suami dia, kenapa x pergi private, lagi cepat. Tapi si suami tidak tahu mcm mana nak guna card PMCARE yg diberikan oleh Telekom. Dia cakap, kawan dia yg masuk private spital, kena bayar. Plan ape yg si suami ambil ye?

Insurance lain-lain?
Ada tapi cover utk penyakit kritikal je... adoi la... kalau kanser, tahap 3 dan 4 baru kritikal. Memang la dpt lump sum, tapi bila boleh dapat? mcm mana dgn bil2 rawatan? tak kan la nak tangguhkan rawatan dulu sebab duit belum dpt... bila kena kanser, we race against time..

Jgn la semata-mata kita nak jimat duit, kita beli insurance yg paling murah semata-mata bila org tanya, "Dah ada insurance?" kita boleh cakap "Dah".

Sama mcm kes bila ditanya "Kalau kena masuk spital mana mana?", dia boleh jawab "cover", padahal yg dicover adalah berapa hari 'masuk ward' iaitu cuma elaun harian, bukannya cover bil spital.

Dan saya tanya lagi, dah dpt second opinion?
Dia kata belum... bagi saya kalau kes kritikal mcm ni, patut dptkan 2nd opinion..
Tapi mcm mana nak tlg ye coz semua Oncologist yang saya kenal, semuanya kat KL. Dato' Dr Ibrahim di Wijaya, kumpulan Oncologist kat Nilai...

Lastly saya offer, kalau nak ke Perdana Specialist, saya boleh tlg arrangekan. Walaupun kat situ tiada resident Oncologist, hopefully dengan recommendation dari general surgent Dr Zahari yg pernah rawat arwah suami, kami boleh bi-pass procedure2 kat HUSM dan terus deal dgn Oncologist kat sana.

so, tomorrow, i got a job. Tolong sedara yg sakit...


7.45am 6 june..

dapat call dari adik dia menyatakan bahawa x perlu pergi hospital coz smlm kakak dia dpt tido dgn lena, breast yg sakit pun dah x sakit n period keluar berketul-ketul. Adik dia cakap ptg smlm (before saya pergi visit) dia dah pergi dapatkan rawatan alternative. Org tu cakap darah yg kluar tu adalah darah kotor yg memang patut keluar... Okla.. At least saya cuba tolong...

9.30am 7 june..

Semasa tgh bersiap utk ke hospital pakar perdana utk rawatan follow up anak yg sulung, tiba-tiba dapat call dari adik dia menyatakan kakak dia nak ke hospital. Tanpa berlengah saya terus call hospital utk buat temujanji dgn doc. AlHamdulillah doc ada dan agak free.

12.30tghari, masuk jumpa doc. Doc amat terkejut dgn keadaan dia. Perut dia dah keras berkemungkinan kanser sel telah merebak ke hati dan dia sendiri susah bernafas. Masa tu la saya dapat tahu pada mlm sebelum tu, dia dah pengsan. Dan dia sepatutnya buat CT scan pada 8 june dan bone scan pada bulan depan di hkl. Panjang sgt ke queue utk scan machine tu?

Doc cakap kanser dia dah sampai tahap kritikal, dah merebak... Dan doc cuma boleh refer kes ke kawan dia di HUSM. Perkara ni memang kami faham coz pakar perdana memang tiada residence doc utk Oncology. Tujuan kami ke sana sebab kat situ ada CT scan. So tak payah nak travel jauh-jauh ke hkl semata-mata nak CT scan. Tapi bulan ni pakar perdana tgh upgrade CT scan machine tu, bulan depan baru boleh guna.

Bila ke HUSM, AlHamdulillah.. kemasukkan dia ke sana amat mudah. Ini mungkin sebab doc kat pakar perdana bukan setakat tulis surat refer ke kawan dia tu yg juga ketua department di HUSM tapi dia juga call direct ke kawan tu. So bila kawan dia (doc kat HUSM) dah tahu pasal sepupu ni, kemasukkan ke HUSM berjalan lancar. Doc-doc kat standby menunggu...

Pada mulanya kami minta utk masuk ke private wing agar lebih selesa dan rawatan dpt dijlnkan lebih cepat. Tapi bila doc melihat keadaan dia, terus dihantar ke ward biasa didepan kaunter nurse sebab dia memerlukan penjagaan rapi 24 jam. Sepupu ni perlukan bekalan oksigen sepanjang masa dan sepanjang di HUSM, byk air dan darah terpaksa dimasukkan. Pada tahap ni, memang kalau ada duit byk pun dah x dpt nak bantu....

Operation dan rawatan lain terpaksa ditangguhkan sebab keadaan sepupu ni yg tidak stabil. Akhirnya pada hari rabu 16 jun 2010, pukul 6.40ptg, dia telah pergi meninggalkan kita semua pada usia 45thn dan meninggalkan 3 org anak perempuan yg semuanya masih dibangku persekolahan. AlFatihah...



komen dari seorang kawan facebook:

Jay Ruzaina ernie: umur aruah sebaya ngn my mak ngah masa dia pergi bulan satu bru nih... same date ngan my doter birthday...

menda yg kena highlite from ur story nih...

1. kenapa tunggu dah sakit sgt bru nak pergi ke hospital?... See more
2. kenapa hospital pandang ringan menda camnih? (org ramai, doc tk cukup.... bla..bla...bla..., been there, done that)
3.kenapa beli insurans sebab org lain beli insurans? popular reason?
4. kenapa masih ada orang kita (read: ramai) yg beranggapan insurans hanya untuk orang kaya, insurans makan duit dan takdir hidup tuhan yang tentukan, bukan insurans....
5. dan sy sgt geram bila sedara mara cakap... tulahs... mmg nk bawak dia pergi hospital awal2 tp dia yg taknak....helllooooo.... orang sakit tuh bukan tahu apa... angkut, heret, sumbat dlm kereta, sampai hospital... merayu melalak, rendahkan diri tahap selipar jepun... janji dpt masuk dulu, janji doctor yg sentiasa busy tuh...menumpukan perhatian kepada si pesakit...boleh?

sowi ernie... sesi luahan perasan pulak... nk komen kat blog tk lepas tadik...huhu


No comments:

Post a Comment