Kenapa Takaful PruBsn


kenangan lalu

tinggal kenangan
saya ingin berkongsi cerita mengenai perlindungan takaful untuk anak-anak....

saya berkahwin pada 2004 dan terus mendapat seorang puteri pada tahun berikutnya. pada masa tersebut kami berdua bekerja dan berpendapatan yg agak selesa. keluarga belah saya amat mementingkan simpanan di bank jadi sebahagian besar gaji saya akan disimpan kerana semua bil-bil akan dibayar oleh suami.

pada tahun 2006 kami dianugerah pula dgn seorang putera, Al-Hamdulillah, dah sepasang. tapi pada masa itu saya menghadapi masalah dgn kerjaya dan terpaksa mengambil cuti tanpa gaji. nasib baik gaji suami dpt menampung kami semua dan utk kecemasan, masih ada simpanan dari gaji saya yg dahulu.

tetapi bila saya bertanyakan suami pasal simpanan utk anak2, sebab dia langsung tidak membuat simpanan bank utk anak2... ape yg dia jawab? dia dah belikan takaful prubsn utk anak2... plan takaful tersebut sudah meliputi perlindungan, medical card dan simpanan dgn hanya rm100 je sebulan. bila saya tgk plan tu, mula2 saya rasa rugi sebab kami masing2 telah ambil medical card family plan dari company masing2, ini bermakna setiap kami telah mempunyai 3 medical plan...

pada bulan ogos 2007, ketika puteri kami berusia 2thn 5bln dan putera kami berusia 9bln, cuma 5 bln selepas kami semua membeli polisi takaful prubsn, suami telah didiagnose kanser otak stage 3&4 tanpa sebarang tanda... doktor cuma memberi tempoh selama 1 thn sahaja. waktu tu Allah sahaja yg tahu mcm mana perasaan kami. habis air mata menangis mengenangkan nasib kami, anak2 pun masih kecil sgt lagi...


seminggu lepas didiagnose, kami terus lakukan brain operation kerana ketumbuhan tu telah pecah dan berdarah, suami pun telah lemah sgt... Al-Hamdulillah pembedahan berjaya dan kami bernasib baik kerana doktor yang melakukannya adalah antara yg terbaik dan yang paling saya bersyukur adalah doktor ini sanggup luangkan masa berjam2 utk menasihati saya agar dapat menerima hakikat. kerana pembedahan dilakukan di hospital swasta, seminggu kemudian suami dibenarkan pulang dgn bil berjumlah rm30k. Al-Hamdulillah company cover...

DR Abdul Muin from Ampang Puteri
3 minggu kemudian kami terpaksa berjumpa oncologist (pakar kanser). pada mulanya kami ingin ke gov hospital berdekatan dgn rumah, lagipun hospital tersebut memang terkenal dgn rawatan utk pesakit kanser. tapi doktor tidak menggalakkannya kerana penyakit suami sudah kritikal dan perlu mendapatkan rawatan dgn segera. sedangkan kalau ke gov hospital, kami terpaksa menunggu... jadi terpaksa la kami ke hospital swasta, bila berjumpa doktor di situ, soalan pertama yg diajukan olehnya adalah "macam mana kewangan anda?" erm.. terdiam la kami... tapi bila kami nyatakan pasal insurance company dan personal yg kami miliki, terus doktor tersebut merancang tindakan yg harus kami ambil...

suami terpaksa menjalani radiotherapy, kat malaysia ni terdapat 4 peringkat mesin radiotherapy. disebabkan kawasan kanser otak suami adalah kawasan kritikal, saya terus memilih mesin yg terbaik. sekali lagi kami terpaksa bayar rm30k... Habis insurance company pada tahun itu...



keesokkan harinya, doktor datang jumpa kami dan menyatakan sepanjang rawatan radiotherapy tersebut, suami terpaksa mengambil sejenis ubat chemotherapy yg berharga rm750 sebiji selama 44 hari. kami cuba dapatkan ubat tersebut dari gov hospital, tapi protokol byk sgt disebabkan ubat tersebut hanya pakar yg boleh prescibe. kami cuba beli sendiri melalui farmasi tapi terpaksa guna cash walaupun harga cuma dlm rm500 sebiji... nasib baik suami ada polisi medical card dari prudential... Al-Hamdulillah, semua cover... jadi bermula dari ogos sampai hujung tahun tu, kami habis dlm rm120k... Al-Hamdulillah, saya cuma nampak jumlah tu dlm bil sahaja, semua pembayaran adalah online.

View dari cafe NCI nilai Feb 2008


Baca buku jap sementara tunggu bil di NCI..


kakak pun baca buku jgk la...

 disebabkan penyakit suami adalah kritikal, dia terus tidak dpt bekerja, dan pada hujung tahun 2008, company telah melepaskan dia. saya pun terpaksa berhenti kerja untuk memberi tumpuan pada suami yg memerlukan penjagaan 24/7... habis hubungan kami dgn company bermakna habislah insurance yang disediakan oleh company.... nasib baik kami semua masih memiliki personal insurance. disebabkan semua insurance kami adalah dibawah suami, premium bulanan kami dah free, anak2 x perlu byr sehingga berusia 25thn dan saya sampai 80thn... coverage masih berjalan seperti biasa... malah apabila anak2 berumur 18thn, akan ada Insya Allah dlm rm15k utk digunakan sekiranya perlu apabila hendak melanjutkan pelajaran... tak byk tapi tetap ada.... sakit demam pun terjamin sebab plan takaful kami meliputi medical card...

suami meninggal bulan 5 tahun 2009, sepanjang 2 tahun dia sakit, kami habis hampir rm300k. semasa suami terpaksa masuk hospital buat kali terakhir yg memakan masa 36 hari, bilnya adalah sebanyak rm46k. saya cuma perlu byr rm15 je... disebabkan saya x perlu fikir pasal kos perubatan utk suami, ia telah memberi saya seribu kekuatan utk terus menjaga dan memberi rawatan yg terbaik utknya, saya langsung x menyesal kerana melepaskan kerja saya... Al-Hamdulillah saya amat2 berpuas hati walaupun secara emosi hanya Allah yang tahu...

sepanjang suami menjalani rawatan dihospital, kami akan berkampung di hospital tersebut, saya akan bawa anak2 bersama. saya akan ambil bilik persendirian utk kami. Al-Hamdulillah saya dapat breastfeed putera kami sehingga dia berumur 2 thn dan puteri kami pula walaupun baru berumur 5 thn, tapi mampu selesaikan math tahun 1 dan sudah pandai membaca, jadi memang langsung tidak terasa terpinggir. walaupun pada mulanya keluarga ingin menjaga anak2 tapi saya tetap berkeras utk membesarkan sendiri anak2 walaupun di hospital, malah doktor sendiri memberi sokongan yg padu... suami pun umpama mendapat kekuatan utk terus berjuang menentang kanser bila lihat anak2 depan mata...


 Tahun ni kakak telah 3 kali masuk hospital, adik pula 1 kali. Mula-mula awal tahun 2010, kena tahan ward berdua dgn adik. 2 minggu sebelum itu kakak mengadu sakit telinga, pergi check di klinik tapi doc cakap semua ok. 2 minggu belum sembuh jgk, pergi jumpa ENT di pakar perdana. sah dah ada air kat dlm telinga. Kebetulan adik pulak batuk semacam je bunyi. So,2-2 doc tahan... Alhamdulillah, insurance polisi yg arwah abah mereka belikan merangkumi medical card. so guna la medical card...


tangan adik dah kena set line

kakak pulak kena set line

utk cairkan kahak

kakak cakap adik pakai oxygen.. :)


sambil2 tgk disney channel

Bil adik masuk perdana 5 hari, byr rm357.77

bill kakak..

reimbustment utk follow up

Pada hujung bulan 5 ari tu, saya sampai je dari kl, kakak mengadu sakit telinga lagi. Pendengaran dia pun kurang, kalau nak panggil dia, kadang2 terpaksa menjerit baru dia dengar. Bila kita tgh cakap dgn dia, dia akan tanya balik "Umi cakap ape?" dan dia pernah mengadu kat nenek dia bahawa dia x boleh nak belajar dengan selesa kat sekolah coz x dengar ape yg cikgu cakap kat depan.

Esokkan terus saya bawa dia jumpa ENT di pakar perdana. Setelah di check, doc menyatakan kakak terpaksa melalui pembedahan kecil.
   "Bila doc?" saya tanya.
   "Bila-bila awak rasa sesuai"  doc cakap
   "kalau mcm tu,sementara kakak masih sihat ni, kita buat esok je la.." jawab saya
   "Esok?" terkejut doc
   "Ye lah, nak tunggu ape lagi?"

Kelam kabut doc arrangekan bilik OT, akhirnya kakak dijadualkan masuk OT hari seterusnya kerana OT dah fully booked. Sekali lagi khidmat medical card peninggalan arwah abah dia diperlukan.

sblm masuk OT, main game dan tgk disney channel jap..


ramainya pelawat, nasib baik nurse tukarkan ke bilik deluxe

ready nak masuk OT

adenoid yg dikeluarkan, byk jgk...

ada kesan darah lagi kat hidung

baru masuk bilik lepas operation

air keluar dari telinga, banyak..

belum sedar sepenuhnya lagi..

tukar bilik dari 2 beded ke single deluxe, kakak cakap "senang adik nak main-main"

lepas operation

sehari lepas operation, kemaruk nak makan, roti kosong pun sedap..
 Alhamdulillah operation berjalan lancar, 4 mlm jgk la kat hospital. Nak kluar tu, tgk bil dlm rm6.5k. Nasib baik medical card cover.

Sebulan selepas itu, kakak diuji lagi. Balik je dari sekolah, nampak lain mcm je. Lepas tu, temperature kakak terus naik dan mlm tu saya x tido kerana suhu kakak amat tinggi. Bagi syrup pcm, lapkan badan dia dan akhirnya terpaksa masukkan sup ke bontot dia sebab suhu x nak turun-turun. Esokkannya, terus saya bawa ke pakar perdana kerana dia pun dah dehydrated. Kena tahan lagi, sebab walaupun dah bg pcm, 2 jam lps tu, suhu kakak masih 39.4 degree. Masuk kali ni disebabkan UTI. Sekolah dia tak ada air, so kakak tahan kencing..

Service yang diberikan oleh pihak hospital memang tip top. Tak nak ambil risiko, kakak telah menjalani Ultra sound untuk memeriksa buah pinggang sebab pernah pihak hospital mendapat kes yang sama dan mendapati kanak-kanak tersebut turut mengalami masalah buah pinggang. AlHamdulillah, kakak punya normal. Tapi pada masa yang sama kakak kena viral fever, platlet drop sehingga 127. Nasib baik bukan denggi tapi seminggu jgk la kena tahan di hospital.

kakak tgh gosok gigi, malas nak ke toilet coz kat tangan ada drip

tempat tido fav adik kat bilik hospital
 Adik peneman setia kakak tiap kali kakak masuk hospital...

hospital benefit kakak utk 8 hari


hospital benefit kakak semasa menjalani pembedahan, rm800 utk elaun hospital dan rm500 utk elaun pembedahan

Masa nak keluar hospital, tengok bil kakak, rm6.5k lagi. Total tahun ni, utk kakak sahaja dah mencecah rm20k. Tanpa medical card, mana la nak cari duit sebanyak tu, jumlah gaji saya pada tahun ni belum pun mencecah sebanyak tu...

sekarang saya menjadi agent takaful prubsn kerana saya ingin membantu masyarakat kita terutama sesama Islam supaya sekiranya terpaksa melalui apa yang telah saya lalui, kita dapat lalui dgn sabar dan dgn penuh taqwa. percayalah, sekiranya kita x perlu risau pasal duit disaat-saat kritikal tersebut, kita telah bebas dari satu tekanan yg amat besar. bukan senang utk kita meminta-minta derma, kita pun ada maruah.... lagipun yg paling penting adalah rawatan yg segera, adakah kita sanggup menangguhkan rawatan org yg tersayang semata-mata terpaksa menunggu derma yg tidak cukup2?



kita semua mempunyai pilihan, bukan mahal pun, cuma bermula dari rm100 je sebulan, kita sudah boleh memiliki medical card berjumlah rm500k, sekiranya masuk hospital dpt lagi cash sehingga rm400 sehari, dan byk lagi... takaful juga memiliki plan takaful saver yg kita boleh satukan dgn polisi utama yang setakat ini telah memberi pulangan yang amat besar.

hubungi saya di ehnawawi@hotmail.com atau 013-7210715 utk mendapat qoutation percuma takaful prubsn utk anda dan org yg anda sayangi sekarang...


3 comments:

  1. assalam kak.. sy mintak izin nak copy story akk ni untuk jadi bahan rujukan yea..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Saya link kan page ini pada fb dan website saya...

    ReplyDelete
  3. salam...mohon izin untuk share yer di blog saya. tq:)

    ReplyDelete