Health Enrich

Screen Shot 2013-09-01 at 6.53.03 AM


HealthEnrich
HealthEnrich Melambangkan Keunikan Anda
Kesihatan anda adalah satu anugerah dan anda seharusnya mempunyai pelan yang menepati keperluan perubatan anda. Di Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), kami mahu anda menjalani kehidupan tanpa menjejaskan kesihatan anda.

HealthEnrich direka untuk memastikan anda menerima rawatan perubatan yang tiada tandingan. Rasa yakin apabila anda menerima nasihat perubatan daripada pakar bertaraf dunia. Peroleh ketenangan sepanjang kehamilan dengan perlindungan komplikasi-komplikasi kehamilan yang eksklusif. Anda juga dapat menikmati keselesaan dan privasi melalui penginapan suite dengan pembantu perubatan khas yang memenuhi keperluan anda.

Semua kelebihan ini dan lebih lagi khusus untuk melengkapi gaya hidup anda yang unik.

Berikut adalah beberapa soalan yang sering ditanya untuk membantu anda memahami produk kami dengan lebih baik.





Apakah HealthEnrich?


HealthEnrich adalah satu pelan rider perubatan melalui sumbangan 
berkala yang membayar balik perbelanjaan perubatan utama sekiranya 
anda dimasukkan ke hospital, menjalani pembedahan atau menerima
 rawatan sebagai pesakit luar. Pelan ini mempunyai empat pelan - 
HealthEnrich VitalHealthEnrich SelectHealthEnrich 
Advanced dan HealthEnrich Premier - yang menyediakan kad 
perubatan individu untuk memberikan anda akses serta-merta di salah 
satu panel hospital kami.

Apakah pilihan yang ditawarkan oleh HealthEnrich?


PilihanHealthEnrich VitalHealthEnrich SelectHealthEnrich AdvancedHealthEnrich Premier
Umur Kelayakan20 minggu gestasi hingga 45 tahun20 minggu gestasi hingga 70 tahun14 hari hingga 70 tahun14 hari hingga 70 tahun
Umur Tamat Tempoh25, 70 atau 80 tahun25, 70 atau 80 tahun25, 70 atau 80 tahun25, 70 atau 80 tahun
Perkongsian KosKo-takaful sahajaKo-takaful atau Perlindungan PenuhKo-takaful atau Perlindungan PenuhPerlindungan Penuh sahaja


Mulakan Awal bersama HealthEnrich Vital
Mulakan awal dengan pelan perubatan yang memberikan perlindungan 

penting dan sesuai dengan gaya hidup anda yang bertenaga. 
HealthEnrich Vital memberikan anda:
1. Rawatan perubatan yang boleh diperolehi di rangkaian 

70 hospital kami di seluruh negara
2. Ketenangan di mana jua anda berada kerana anda dilindungi 

di seluruh dunia
3. Fleksibiliti untuk meningkatkan pelan mengikut keperluan anda 

yang bertambah dengan gaya hidup anda yang berubah

Apakah tawaran HealthEnrich Vital?


Ko-Takaful
Jika Dimasukkan ke Hospital
Bilik dan Penginapan Hospital Harian 
(maksimum 120 hari setahun)
RM150
Unit Rawatan Rapi (maksimum 30 hari setahun)Seperti yang dicaj
tertakluk kepada
Ko-Takaful
Rawatan dan Prosedur Pembedahan
Perkhidmatan dalam Hospital dan yang Berkaitan
Jika Perlukan Rawatan Pesakit Luar
Pembedahan HarianSeperti yang dicaj
Rawatan Sebelum Masuk Hospital dan Selepas Masuk Hospital
(dalam tempoh 90 hari sebelum dan selepas dimasukkan ke hospital)
Seperti yang dicaj
tertakluk kepada
Ko-Takaful
Jika Menghadapi Penyakit yang Merubah Kehidupan
Rawatan KanserSeperti yang dicaj
Jika Berdepan Situasi-situasi Kecemasan
Rawatan Kecemasan bagi Kecederaan akibat Kemalangan (Had Tahunan)RM1,500
Bantuan Perubatan Kecemasan Seluruh DuniaYa
Had Tahunan KeseluruhanRM30,000
Had Seumur HidupRM300,000


Penuhi Kehidupan bersama HealthEnrich Select
Pilih pelan yang memenuhi kehidupan dengan perlindungan terbaik dan memenuhi tanggungjawab anda yang meningkat. HealthEnrich Select menawarkan anda:
1. Perlindungan kemasukan ke hospital dan pembedahan yang komprehensif
2. Manfaat-manfaat unik yang memberi ketenangan untuk ibu yang mengandung
3. Perlindungan penuh untuk bil-bil perubatan anda yang memberikan perlindungan tambahan dan ketenangan minda

Apakah tawaran HealthEnrich Select?


Ko-TakafulPerlindungan Penuh
Jika Dimasukkan ke Hospital
Bilik dan Penginapan Hospital Harian (maksimum 200 hari setahun)RM200RM200
Unit Rawatan Rapi (maksimum 60 hari setahun)Seperti yang dicaj
tertakluk kepada
Ko-Takaful
Seperti yang dicaj
Rawatan dan Prosedur Pembedahan
Perkhidmatan dalam Hospital dan yang Berkaitan
Jika Perlukan Rawatan Pesakit Luar
Pembedahan HarianSeperti yang dicajSeperti yang dicaj
Penjagaan Jururawat di Rumah (180 hari seumur hidup)Seperti yang dicaj
tertakluk kepada
Ko-Takaful
Rawatan Sebelum Masuk Hospital dan Selepas Masuk Hospital
(dalam tempoh 90 hari sebelum dan selepas dimasukkan ke hospital)
Jika Menghadapi Penyakit yang Merubah Kehidupan
Rawatan KanserSeperti yang dicajSeperti yang dicaj
Rawatan Dialisis Buah Pinggang
Jika Berdepan Situasi-situasi Kecemasan
Komplikasi-komplikasi Kehamilan (Had Tahunan)RM6,000RM6,000
Rawatan Kecemasan bagi Kecederaan akibat Kemalangan (Had Tahunan)RM2,000RM2,000
Bantuan Perubatan Kecemasan Seluruh DuniaYaYa
Had Tahunan KeseluruhanRM60,000RM60,000
Had Seumur HidupRM600,000RM600,000


Langkah ke Hadapan bersama HealthEnrich Advanced
Langkah ke hadapan dengan pelan yang memberikan perlindungan terkini dan melengkapi gaya hidup anda yang sibuk. HealthEnrich Advanced menyediakan anda:
1. Proses yang lebih mudah dengan urusan kemasukan ke hospital yang telah diuruskan dan penepian deposit hospital di Hospital-hospital Pilihan
2. Rundingan secara langsung dengan pakar-pakar perubatan tempatan dan antarabangsa yang bertaraf dunia
3. Ganjaran jika anda kekal sihat dengan Bonus Tiada Tututan melalui pilihan ko-takaful

Apakah tawaran HealthEnrich Advanced?


Ko-TakafulPerlindungan Penuh
Ganjaran untuk Kekal Sihat
Bonus Tiada TuntutanRM250Tiada
Jika Dimasukkan ke Hospital
Bilik dan Penginapan Hospital Harian (maksimum 200 hari setahun)RM300RM300
Elaun Tunai Harian Masuk Hospital (maksimum 200 hari setahun)RM100RM100
Unit Rawatan Rapi (maksimum 60 hari setahun)Seperti yang dicaj
tertakluk kepada
Ko-Takaful
Seperti yang dicaj
Rawatan dan Prosedur Pembedahan
Perkhidmatan dalam Hospital dan yang Berkaitan
Deposit Hospital di Hospital-hospital PilihanDiketepikanDiketepikan
Jika Perlukan Rawatan Pesakit Luar
Pembedahan HarianSeperti yang dicajSeperti yang dicaj
Penjagaan Jururawat di Rumah (250 hari seumur hidup)Seperti yang dicaj
tertakluk kepada
Ko-Takaful
Rawatan Sebelum Masuk Hospital dan Selepas Masuk Hospital
(dalam tempoh 90 hari sebelum dan selepas dimasukkan ke hospital)
Jika Menghadapi Penyakit yang Merubah Kehidupan
Pendapat Perubatan Kedua
• Konsultasi dan Diagnosis dalam Malaysia (Had Tahunan)
• Konsultasi dengan Pakar Bertaraf Dunia

RM500
Ya

RM500
Ya
Rawatan KanserSeperti yang dicajSeperti yang dicaj
Rawatan Dialisis Buah Pinggang
Pemindahan Organ (Had Seumur Hidup Tambahan)RM100,000RM100,000
Jika Berdepan Situasi-situasi Kecemasan
Komplikasi-komplikasi Kehamilan (Had Tahunan)RM10,000RM10,000
Rawatan Kecemasan untuk Kecederaan akibat Kemalangan (Had Tahunan)RM3,000RM3,000
Bantuan Perubatan Kecemasan Seluruh DuniaYaYa
Had Tahunan KeseluruhanRM100,000RM100,000
Had Seumur HidupRM1,000,000RM1,000,000


Nikmati Keistimewaan bersama HealthEnrich Premier
Nikmati keistimewaan dengan pelan yang menawarkan keperluan yang unggul dan menepati gaya hidup anda. HealthEnrich Premier menawarkan anda:
1. Penginapan bilik suite yang mewah dan rawatan ekslusif di Hospital-hospital Pilihan kami seluruh negara
2. Pembantu perubatan khas untuk memenuhi setiap keperluan anda
3. Had kemasukan hospital yang tinggi untuk keperluan perubatan anda.

Apakah tawaran HealthEnrich Premier?


Perlindungan Penuh
Jika Dimasukkan ke Hospital
Bilik dan Penginapan Hospital Harian (maksimum 365 hari setahun)
• Hospital-hospital Pilihan 
• Lain-lain hospital

RM1,000
RM500
Elaun Tunai Harian Masuk Hospital (maksimum 365 hari setahun)RM200
Pembantu Perubatan Khas Harian (maksimum 365 hari setahun)RM200
Unit Rawatan Rapi (maksimum 120 hari setahun)Seperti yang dicaj
Rawatan dan Prosedur Pembedahan
Perkhidmatan dalam Hospital dan yang Berkaitan
Deposit Hospital di Hospital-hospital PilihanDiketepikan
Jika Perlukan Rawatan Pesakit Luar
Pembedahan HarianSeperti yang dicaj
Penjagaan Jururawat di Rumah (365 hari seumur hidup)
Rawatan Sebelum Masuk Hospital dan Selepas Masuk Hospital
(dalam tempoh 90 hari sebelum dan selepas dimasukkan ke hospital)
Jika Menghadapi Penyakit yang Merubah Kehidupan
Pendapat Perubatan Kedua
• Konsultasi dan Diagnosis dalam Malaysia (Had Tahunan)
• Konsultasi dengan Pakar Bertaraf Dunia

RM1,000
Ya
Rawatan KanserSeperti yang dicaj
Rawatan Dialisis Buah Pinggang
Pemindahan Organ (Had Seumur Hidup Tambahan)RM200,000
Jika Berdepan Situasi-situasi Kecemasan
Komplikasi-komplikasi Kehamilan (Had Tahunan)RM20,000
Rawatan Kecemasan untuk Kecederaan akibat Kemalangan (Had Tahunan)RM5,000
Bantuan Perubatan Kecemasan Seluruh DuniaYa
Had Tahunan KeseluruhanRM200,000
Had Seumur HidupRM4,000,000


Apakah Ko-takaful?


Ko-takaful adalah persetujuan perkongsian kos di mana peserta akan membayar jumlah peratusan yang ditetapkan bagi satu kelayakan manfaat. Jika ko-takaful dipilih, peserta perlu membayar 10% daripada kos kelayakan manfaat, tertakluk kepada ko-takaful minimum sebanyak RM400 dan ko-takaful maksimum sebanyak RM2,000. Tiada minimum ko-takaful amaun yang dikenakan untuk manfaat-manfaat bawah Jika Perlukan Rawatan Pesakit Luar.


Apakah Hospital-hospital Pilihan?


Hospital-hospital Pilihan adalah hospital yang dipilih untuk menyediakan perkhidmatan tambahan kepada peserta-peserta yang menyertai pelan HealthEnrich Advanced atau HealthEnrich Premier.



.

Berapakah bayaran sumbangan saya untuk pelan ini?


Sumbangan selaras. Ini bermakna sumbangan yang dibayar adalah berdasarkan umur kemasukan anda dan tidak akan bertambah apabila umur anda semakin meningkat. Lengkapkan jadual berikut untuk mengetahui jumlah sumbangan yang sepadan dengan pilihan anda.


untuk mendapatkan kadar sumbangan tahunan anda.


Apakah manfaat Pemindahan Organ?


Manfaat Pemindahan Organ adalah had seumur hidup tambahan apabila anda menjalani salah satu daripada pembedahan pemindahan organ untuk buah pinggang, jantung, paru-paru, hati, tulang sumsum atau kornea. Had tambahan sekali semur hidup ini adalah had tambahan daripada had tahunan dan had seumur hidup bagi HealthEnrich Advanced dan HealthEnrich Premier.


Apakah kelebihan Rawatan Kanser dan Rawatan Dialisis Buah Pinggang?


Anda boleh mendapatkan rawatan-rawatan seperti hemodialisis, radioterapi dan kemoterapi di hospital-hospital panel kami dengan menggunakan kad perubatan tanpa sebarang pembayaran ko-takaful. Di samping itu, HealthEnrich melindungi sebarang rundingan, ujian pemeriksaan dan dadah yang dibawa pulang.


Apakah Manfaat Pembedahan Harian?


Tidak kira pelan mana yang anda pilih, Ko-Takaful atau Perlindungan Penuh, manfaat ini memberi perlindungan penuh ke atas kos pembedahan atau rawatan anda. Tambahan pula, dengan manfaatPembedahan Harian, anda boleh menjalani pembedahan atau rawatan dan pulih dalam keselesaan di rumah anda pada hari yang sama. Anda tidak perlu bermalam di hospital dan risau tentang perlindungan perubatan anda yang mungkin habis digunakan. Anda boleh menjalani radioterapi, hemodialisis atau kemoterapi sebagai pesakit luar di bawah kemudahan pelan ini. Klik di sini untuk senarai pembedahan harian yang dilindungi di bawah manfaat ini.

Apakah caj-caj dan potongan-potongan yang dikenakan dalam HealthEnrich?


Butiran caj dan potongan disenaraikan dalam jadual di bawah.


Jenis Caj dan PotonganButiran
Caj wakalah pendahuluanCaj ini membenarkan kami membayar komisen dan perbelanjaan berkaitan pengagihan serta perbelanjaan pengurusan. Peratusan di bawah adalah berdasarkan tempoh 20 tahun atau lebih. Bagi tempoh kurang daripada 20 tahun, sila rujuk Illustrasi Pelan.
Tahun sijil12345 dan 67 dan keatas
Caj wakalah pendahuluan60%60%50%30%20%0%
Tabarru'Kami menolak suatu amaun setiap bulan berdasarkan umur, status kesihatan, pekerjaan (jika berkenaan), amaun perlindungan untuk tempoh perlindungan.

Adakah saya akan menerima sebarang Lebihan daripada pelan ini?


Anda berhak menerima agihan lebihan termasuk keuntungan pelaburan (jika ada) pada setiap akhir tahun kewangan. Anda, beserta peserta lain layak menerima sekurangkurangnya 50% daripada lebihan dan PruBSN akan menerima baki sebanyak sehingga 50% sebagai insentif kerana menguruskan Dana Tabarru'. Bahagian agihan lebihan anda akan dimasukkan semula ke dalam PUA anda. Amaun tepat agihan lebihan akan dinilai secara tahunan dan tertakluk kepada persetujuan kedua-dua Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah PruBSN.
 
Nota: Ini adalah penerangan ringkas mengenai produk. Untuk butiran lengkap seperti terma-terma dan syarat-syarat yang terperinci, sila rujuk kepada dokumen sijil anda.

Anda seharusnya berpuas hati bahawa produk ini mampu memenuhi keperluan anda dan sumbangan yang dibayar di bawah sijil ini merupakan jumlah yang anda mampu bayar.


Untuk keterangan lebih lanjut, sila hubungi saya di ehnawawi@hotmail.com

No comments:

Post a Comment