|
HealthEnrich adalah satu pelan rider perubatan melalui sumbangan
berkala yang membayar balik perbelanjaan perubatan utama sekiranya
anda dimasukkan ke hospital, menjalani pembedahan atau menerima
rawatan sebagai pesakit luar. Pelan ini mempunyai empat pelan -
HealthEnrich Vital, HealthEnrich Select, HealthEnrich
Advanced dan HealthEnrich Premier - yang menyediakan kad
perubatan individu untuk memberikan anda akses serta-merta di salah
satu panel hospital kami.
|
Umur Kelayakan | 20 minggu gestasi hingga 45 tahun | 20 minggu gestasi hingga 70 tahun | 14 hari hingga 70 tahun | 14 hari hingga 70 tahun |
Umur Tamat Tempoh | 25, 70 atau 80 tahun | 25, 70 atau 80 tahun | 25, 70 atau 80 tahun | 25, 70 atau 80 tahun |
Perkongsian Kos | Ko-takaful sahaja | Ko-takaful atau Perlindungan Penuh | Ko-takaful atau Perlindungan Penuh | Perlindungan Penuh sahaja |
Mulakan Awal bersama HealthEnrich Vital Mulakan awal dengan pelan perubatan yang memberikan perlindungan
penting dan sesuai dengan gaya hidup anda yang bertenaga.
HealthEnrich Vital memberikan anda: 1. Rawatan perubatan yang boleh diperolehi di rangkaian
70 hospital kami di seluruh negara 2. Ketenangan di mana jua anda berada kerana anda dilindungi
di seluruh dunia 3. Fleksibiliti untuk meningkatkan pelan mengikut keperluan anda
yang bertambah dengan gaya hidup anda yang berubah
|
|
Bilik dan Penginapan Hospital Harian
(maksimum 120 hari setahun) | RM150 |
Unit Rawatan Rapi (maksimum 30 hari setahun) | Seperti yang dicaj tertakluk kepada Ko-Takaful |
Rawatan dan Prosedur Pembedahan |
Perkhidmatan dalam Hospital dan yang Berkaitan |
Pembedahan Harian | Seperti yang dicaj |
Rawatan Sebelum Masuk Hospital dan Selepas Masuk Hospital (dalam tempoh 90 hari sebelum dan selepas dimasukkan ke hospital) | Seperti yang dicaj tertakluk kepada Ko-Takaful |
Rawatan Kanser | Seperti yang dicaj |
Rawatan Kecemasan bagi Kecederaan akibat Kemalangan (Had Tahunan) | RM1,500 |
Bantuan Perubatan Kecemasan Seluruh Dunia | Ya |
Penuhi Kehidupan bersama HealthEnrich Select Pilih pelan yang memenuhi kehidupan dengan perlindungan terbaik dan memenuhi tanggungjawab anda yang meningkat. HealthEnrich Select menawarkan anda: 1. Perlindungan kemasukan ke hospital dan pembedahan yang komprehensif 2. Manfaat-manfaat unik yang memberi ketenangan untuk ibu yang mengandung 3. Perlindungan penuh untuk bil-bil perubatan anda yang memberikan perlindungan tambahan dan ketenangan minda
|
|
Bilik dan Penginapan Hospital Harian (maksimum 200 hari setahun) | RM200 | RM200 |
Unit Rawatan Rapi (maksimum 60 hari setahun) | Seperti yang dicaj tertakluk kepada Ko-Takaful | Seperti yang dicaj |
Rawatan dan Prosedur Pembedahan |
Perkhidmatan dalam Hospital dan yang Berkaitan |
Pembedahan Harian | Seperti yang dicaj | Seperti yang dicaj |
Penjagaan Jururawat di Rumah (180 hari seumur hidup) | Seperti yang dicaj tertakluk kepada Ko-Takaful |
Rawatan Sebelum Masuk Hospital dan Selepas Masuk Hospital (dalam tempoh 90 hari sebelum dan selepas dimasukkan ke hospital) |
Rawatan Kanser | Seperti yang dicaj | Seperti yang dicaj |
Rawatan Dialisis Buah Pinggang |
Komplikasi-komplikasi Kehamilan (Had Tahunan) | RM6,000 | RM6,000 |
Rawatan Kecemasan bagi Kecederaan akibat Kemalangan (Had Tahunan) | RM2,000 | RM2,000 |
Bantuan Perubatan Kecemasan Seluruh Dunia | Ya | Ya |
Langkah ke Hadapan bersama HealthEnrich Advanced Langkah ke hadapan dengan pelan yang memberikan perlindungan terkini dan melengkapi gaya hidup anda yang sibuk. HealthEnrich Advanced menyediakan anda: 1. Proses yang lebih mudah dengan urusan kemasukan ke hospital yang telah diuruskan dan penepian deposit hospital di Hospital-hospital Pilihan 2. Rundingan secara langsung dengan pakar-pakar perubatan tempatan dan antarabangsa yang bertaraf dunia 3. Ganjaran jika anda kekal sihat dengan Bonus Tiada Tututan melalui pilihan ko-takaful
|
|
Bonus Tiada Tuntutan | RM250 | Tiada |
Bilik dan Penginapan Hospital Harian (maksimum 200 hari setahun) | RM300 | RM300 |
Elaun Tunai Harian Masuk Hospital (maksimum 200 hari setahun) | RM100 | RM100 |
Unit Rawatan Rapi (maksimum 60 hari setahun) | Seperti yang dicaj tertakluk kepada Ko-Takaful | Seperti yang dicaj |
Rawatan dan Prosedur Pembedahan |
Perkhidmatan dalam Hospital dan yang Berkaitan |
Deposit Hospital di Hospital-hospital Pilihan | Diketepikan | Diketepikan |
Pembedahan Harian | Seperti yang dicaj | Seperti yang dicaj |
Penjagaan Jururawat di Rumah (250 hari seumur hidup) | Seperti yang dicaj tertakluk kepada Ko-Takaful |
Rawatan Sebelum Masuk Hospital dan Selepas Masuk Hospital (dalam tempoh 90 hari sebelum dan selepas dimasukkan ke hospital) |
Pendapat Perubatan Kedua • Konsultasi dan Diagnosis dalam Malaysia (Had Tahunan) • Konsultasi dengan Pakar Bertaraf Dunia | RM500 Ya | RM500 Ya |
Rawatan Kanser | Seperti yang dicaj | Seperti yang dicaj |
Rawatan Dialisis Buah Pinggang |
Pemindahan Organ (Had Seumur Hidup Tambahan) | RM100,000 | RM100,000 |
Komplikasi-komplikasi Kehamilan (Had Tahunan) | RM10,000 | RM10,000 |
Rawatan Kecemasan untuk Kecederaan akibat Kemalangan (Had Tahunan) | RM3,000 | RM3,000 |
Bantuan Perubatan Kecemasan Seluruh Dunia | Ya | Ya |
Nikmati Keistimewaan bersama HealthEnrich Premier Nikmati keistimewaan dengan pelan yang menawarkan keperluan yang unggul dan menepati gaya hidup anda. HealthEnrich Premier menawarkan anda: 1. Penginapan bilik suite yang mewah dan rawatan ekslusif di Hospital-hospital Pilihan kami seluruh negara 2. Pembantu perubatan khas untuk memenuhi setiap keperluan anda 3. Had kemasukan hospital yang tinggi untuk keperluan perubatan anda.
|
|
Bilik dan Penginapan Hospital Harian (maksimum 365 hari setahun) • Hospital-hospital Pilihan • Lain-lain hospital | RM1,000 RM500 |
Elaun Tunai Harian Masuk Hospital (maksimum 365 hari setahun) | RM200 |
Pembantu Perubatan Khas Harian (maksimum 365 hari setahun) | RM200 |
Unit Rawatan Rapi (maksimum 120 hari setahun) | Seperti yang dicaj |
Rawatan dan Prosedur Pembedahan |
Perkhidmatan dalam Hospital dan yang Berkaitan |
Deposit Hospital di Hospital-hospital Pilihan | Diketepikan |
Pembedahan Harian | Seperti yang dicaj |
Penjagaan Jururawat di Rumah (365 hari seumur hidup) |
Rawatan Sebelum Masuk Hospital dan Selepas Masuk Hospital (dalam tempoh 90 hari sebelum dan selepas dimasukkan ke hospital) |
Pendapat Perubatan Kedua • Konsultasi dan Diagnosis dalam Malaysia (Had Tahunan) • Konsultasi dengan Pakar Bertaraf Dunia | RM1,000 Ya |
Rawatan Kanser | Seperti yang dicaj |
Rawatan Dialisis Buah Pinggang |
Pemindahan Organ (Had Seumur Hidup Tambahan) | RM200,000 |
Komplikasi-komplikasi Kehamilan (Had Tahunan) | RM20,000 |
Rawatan Kecemasan untuk Kecederaan akibat Kemalangan (Had Tahunan) | RM5,000 |
Bantuan Perubatan Kecemasan Seluruh Dunia | Ya |
|
Ko-takaful adalah persetujuan perkongsian kos di mana peserta akan membayar jumlah peratusan yang ditetapkan bagi satu kelayakan manfaat. Jika ko-takaful dipilih, peserta perlu membayar 10% daripada kos kelayakan manfaat, tertakluk kepada ko-takaful minimum sebanyak RM400 dan ko-takaful maksimum sebanyak RM2,000. Tiada minimum ko-takaful amaun yang dikenakan untuk manfaat-manfaat bawah Jika Perlukan Rawatan Pesakit Luar.
|
Hospital-hospital Pilihan adalah hospital yang dipilih untuk menyediakan perkhidmatan tambahan kepada peserta-peserta yang menyertai pelan HealthEnrich Advanced atau HealthEnrich Premier.
|
Sumbangan selaras. Ini bermakna sumbangan yang dibayar adalah berdasarkan umur kemasukan anda dan tidak akan bertambah apabila umur anda semakin meningkat. Lengkapkan jadual berikut untuk mengetahui jumlah sumbangan yang sepadan dengan pilihan anda.
| | untuk mendapatkan kadar sumbangan tahunan anda. |
|
Manfaat Pemindahan Organ adalah had seumur hidup tambahan apabila anda menjalani salah satu daripada pembedahan pemindahan organ untuk buah pinggang, jantung, paru-paru, hati, tulang sumsum atau kornea. Had tambahan sekali semur hidup ini adalah had tambahan daripada had tahunan dan had seumur hidup bagi HealthEnrich Advanced dan HealthEnrich Premier.
|
Anda boleh mendapatkan rawatan-rawatan seperti hemodialisis, radioterapi dan kemoterapi di hospital-hospital panel kami dengan menggunakan kad perubatan tanpa sebarang pembayaran ko-takaful. Di samping itu, HealthEnrich melindungi sebarang rundingan, ujian pemeriksaan dan dadah yang dibawa pulang.
|
Tidak kira pelan mana yang anda pilih, Ko-Takaful atau Perlindungan Penuh, manfaat ini memberi perlindungan penuh ke atas kos pembedahan atau rawatan anda. Tambahan pula, dengan manfaatPembedahan Harian, anda boleh menjalani pembedahan atau rawatan dan pulih dalam keselesaan di rumah anda pada hari yang sama. Anda tidak perlu bermalam di hospital dan risau tentang perlindungan perubatan anda yang mungkin habis digunakan. Anda boleh menjalani radioterapi, hemodialisis atau kemoterapi sebagai pesakit luar di bawah kemudahan pelan ini. Klik di sini untuk senarai pembedahan harian yang dilindungi di bawah manfaat ini.
|
Butiran caj dan potongan disenaraikan dalam jadual di bawah.
Caj wakalah pendahuluan | Caj ini membenarkan kami membayar komisen dan perbelanjaan berkaitan pengagihan serta perbelanjaan pengurusan. Peratusan di bawah adalah berdasarkan tempoh 20 tahun atau lebih. Bagi tempoh kurang daripada 20 tahun, sila rujuk Illustrasi Pelan. |
|
|
Tabarru' | Kami menolak suatu amaun setiap bulan berdasarkan umur, status kesihatan, pekerjaan (jika berkenaan), amaun perlindungan untuk tempoh perlindungan. |
|
Anda berhak menerima agihan lebihan termasuk keuntungan pelaburan (jika ada) pada setiap akhir tahun kewangan. Anda, beserta peserta lain layak menerima sekurangkurangnya 50% daripada lebihan dan PruBSN akan menerima baki sebanyak sehingga 50% sebagai insentif kerana menguruskan Dana Tabarru'. Bahagian agihan lebihan anda akan dimasukkan semula ke dalam PUA anda. Amaun tepat agihan lebihan akan dinilai secara tahunan dan tertakluk kepada persetujuan kedua-dua Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah PruBSN.
|
|
| |
No comments:
Post a Comment